Tips Kawal Resdung

Kali ini saya akan kongsikan Tip-tip untuk kawal masalah resdung.

Eh, kejap. Perlu tips pulak ke? Kena kawal?

Agak-agak kalau bawak kereta ada masalah tak kalau kita tak kawal?

Hmm… betul lah tu. Tapi apa kaitan bawak kereta dengan resdung pulak?

Dalam apa perkara sekali pun, kawalan sangat penting. Biarpun permakanan, permainan, kehidupan, mahupun resdung.

Kita mengawal resdung agar ia tidak menjadi lebih parah dan/atau dapat ditangani.

*

Tip
1. Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan alahan. Bagi kebanyakan orang adalah makanan laut seperti udang, sotong, kerang, dan seumpamanya.

2. Banyakkan minum air suam dan mineral.

3. Elakkan diri dari menghidu atau terdedah dengan habuk. Bila perlu terdedah, seperti masa mengemas atau menyapu, pakai mask penutup hidung.

4. Elakkan binatang berbulu. (kucing, hamster, dan lain-lain)

5. Berkaitan dengan tip nombor 4, elakkan memakai cadar, sarung bantal, dan selimut yang diperbuat dari bulu.

6. Kerap lap muka dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam.

*

Itulah 6 tip penjagaan resdung buat kali ini. 🙂

Mari sama-sama kita cuba amal apa yang boleh. Satu per satu lebih baik dari tiada langsung.

*

Sekian sahaja,

AJS Herbs


Leave a Reply

Call Now Button
×
×

Cart