Resdung

Hmm.. resdung? Apa pulak tu..? Selalu ja dengar…

Hmm.. apa resdung?

Perkataan resdung sering dikaitkan dengan orang yang mengalami masalah hidung. Antara masalah-masalahya adalah seperti beriku:

  1. Hidung tersumbat
  2. Lelehan hingus yang berlebihan
  3. Bersin selalu
  4. Hingus yang berubah warna dan berbau busuk
  5. Pening kepala
  6. Bengkak mata
  7. Kegatalan hidung, mulut, dan muka

.

Bagi yang mengalami masalah di bahagian hidung dan sinus, ia terbahagi kepada dua:

  1. Alahan hidung (allergic rhinitis)
  2. Jangkitan kuman di sinus (sinusitis)

.

Alahan hidung, atau allergic rhinitis, bukan satu penyakit.

Ia merupakan tindakbalas hidung dan badan pada alahan di kawasan persekitaran seperti debu, bulu binatang, dan makanan.

Sesetangah orang mempunya kadar alahan yang tinggi kepada perkara-perkara tersebut. Ini dipanggil sebagai hypersensitiviti.

Hypersensitiviti menyebabkan bahagian dalam hidung membengkak, mengeluarkan cecair berlebihan, dan bersin. Keadaan ini akan berterusan selagi individu tersebut berada di persekitaran bahan alahan.

Keadaan ini boleh membawa kepada keletihan, pening kepala, dan juga membuatkan individu tidak selesa.

.

.

Jangkitan kuman di sinus.

Eh kejap, apa sinus?

Sinus adalah rongga di bahagian tengkorak yang terdiri daripada sinus frontal, ethmoid, maxillary, dan sphenoid.

Sinus ini diliputi kulit pernafasan seperti lapisan dalam hidung dan ia mengeluar dan merembeskan cecair yang kita kenali sebagai hingus. Tujuannya adalah untuk memberi ruang pernafasan yang lebih besar, dan untuk menapis kotoran sebelum masuk ke paru-paru.

Jadi, apa yang berlaku semasa jangkitan sinus (sinusitis)?

Masalahnya berlaku apabila rongga-rongga ini dijangkiti kuman, atau alahan menyebabkan rongga bengkak dan menyumbat saluran sinus.

Ini menyebabkan hingus terkumpul dan menjadi nanah. Akibatnya adalah simtom seperti nafas berbau, hingus bertukar warna, pening kepala, demam, dan kesukaran untuk bernafas.

Inilah yang dipanggil sinusitis.

.

Ha.. itulah resdung yang disebut-sebut ramai. Lepas ni kalau ada kawan cakap dia ada resdung, kita boleh tanya.. Resdung jenis apa ya? 😉

Kalau dia tak pasti, bawa dia ke artikel ini. 🙂

.

Sekian dari kami,

AJS Herbs

Sayangi Hidung Anda

Leave a Reply

Call Now Button
×

Cart