Resdung, sinus, sinusitis?

Sinus

Pernahkah anda dengar keluarga, rakan, atau kenalan bersin-bersin dan kata, “Saya ada sinus”.
Penyataan itu memang benar, orang tersebut sememangnya ada sinus.
Anda juga ada sinus.
Semua orang secara normanya mempunyai sinus.

Hal ini demikian kerana sinus adalah beberapa ruang atau rongga yang terdapat pada kepala kita.

 

 

Seperti yang boleh dilihat pada rajah di atas, paranasal sinus, atau sinus hidung terdiri daripada beberapa rongga selain daripada rongga hidung iaitu:

  • frontal
  • ethmoid
  • maxillary
  • spheroid

Kesemua rongga-rongga ini dipanggil sinus.

 

 

Sinusitis atau Resdung

Istilah resdung, atau sinusitis dalam bahasa inggeris, pula merupakan radang atau pembengkakan tisu-tisu dinding sinus.

Sinus yang sihat membolehkan udara berkitar sekeliling rongga-rongganya. Manakala sinus yang mempunyai sinusitis pula mengakibatkan rongga-rongga tersebut tersumbat. Rongga-rongga ini kemudiannya boleh dipenuhi bendalir, mukus (hingus) dan dijangkiti kuman.

 

Sekian buat penulisan kali ini mengenai resdung, sinus, dan sinusitis.

Jumpa anda di lain hari pos.

Leave a Reply

Call Now Button
×
×

Cart