Pantang Larang Sinusitis (masalah resdung)

Pertama sekali, kami dari AJS Herbs ingin mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin. 🙂

Harapnya tak terlalu lambat.

 

Hari ini saya ingin kupas mengenai Pantang Larang, bagi sesiapa yang mempunyai penyakit atau masalah resdung.

Maklumlah bulan raya, macam-macam makanan di depan mata.

 

Pantang Larang Makanan

  1. Belacan
  2. Budu
  3. Makanan Laut (Udang, Sotong, Ketam, dll…)
  4. Ikan-ikan seperti ikan kering, pekasam, ikan sardin, ikan tongkol, serta ikan yang dah tidak fresh
  5. Ayam
  6. Dan lain-lain makanan…

Pantang larang ni ikut pada orang juga, ada orang allergic pada Ayam, tapi tak allergic pada makanan laut.. Aneh tapi benar.

Lebih-lebih lagi kalau makanan-makanan berikut diambil dengan banyak. Lama kelamaan allergy akan bertambah serius, yang boleh membawa kepada keradangan resdung yang teruk. Ini pula boleh mengakibatkan jangkitan kuman yang merbahaya.

Oleh itu, kita perlu mengawal permakanan dan mengamalkan pemakanan yang seimbang.

 

Pantang Larang Secara Am

  1. Binatang berbulu seperti Kucing.
  2. Habuk yang beterbangan di udara. Kalau boleh guna mask untuk tutup hidung dan mulut.
  3. Kebersihan muka perlu di jaga. Cuci dan basuh selalu.
  4. Cadar dan sarung bantal perlu dibasuh kerap. Seeloknya seminggu sekali, lebih pun boleh.

 

Di atas adalah antara perkara-perkara yang perlu di jaga untuk mengawal Sinusitis atau masalah resdung. Mudah dibaca, tapi nak amal tak senang. 🙂

Lagi-lagi pada bulan raya ni.

 

Jom sama-sama kita buat yang terbaik, dan jaga apa yang patut. Untuk kesihatan diri pada masa hadapan.

 

Salam dari saya bagi pihak AJS Herbs.

Moga bertemu lagi. 😉

Leave a Reply

Call Now Button
×
×

Cart