Kenapa Perlu Buat Rawatan Resdung?

Seseorang pesakit resdung harus mengetahui bagaimana resdung terjadi. Di sini saya menerangkan secara ringkas mengikut fakta sains kepada semua pembaca mengenai bagaimana resdung terjadi.

.

Pada bahagian muka kita, terdapat rongga-rongga disekitar tulang pipi dan mata. Rongga-rongga ini dinamakan Sinus.

Rongga Sinus

Sinus ini boleh menjadi kerengsaan atau keresahan apabila terkena pencemaran udara persekitaran seperti habuk, debu, asap atau bauan yang kuat. Seperkara lagi boleh terjadi kerana alahan pada sesetengah makanan atau keadaan yang sejuk.

.

Disebabkan perkara ini, rongga rongga sinus akan mengeluarkan lebihan lendir yang menyebabkan seseorang itu terasa hendak bersin atau terbersin. Bersin ini bagus untuk rongga sinus kita sebab ia akan mengeluarkan kekotoran yang masuk dalam hidung kita, dan bagi yang muslim, perlu ucap Alhamdulillah…..

.

Seseorang itu akan terkena penyakit resdung apabila ada jangkitan kuman, virus atau bakteria pada rongga sinus.

.

Disebabkan kuman dan hama itu, sinus akan bengkak atau radang. Ia akan mengeluarkan lebihan lendir dan membuatkan seseorang itu tidak selesa pada pernafasan atau kerap bersin.

.

Jika perkara itu berterusan, ia akan membuatkan kuman itu membiak dan mengakibatkan jangkitan yang serius pada sinus.

Perkara yang sering berlaku ialah sakit pada bahagian muka, mata, telinga dan tekak, kerap bersin, telinga sakit dan berdesing, tekak gatal, mulut berbau busuk dan cepat stress dan migrin. Terdapat juga sampingan lain seperti kepala gatal dan berkelimumur. Dalaman hidung akan berlaku polip, luaran muka akan berjerawat, gatal serta muka nampak kusam dan kotor.

.

Bersin

Rawatan resdung kaedah AJS HERBS menggunakan herba dan teknik urutan point resdung untuk mengeluarkan lebihan lendir yang terperangkap di dalam rongga sinus sekaligus mengeluarkan kuman dan hama yang membiak di dalam lender tersebut.

.

Kesan kepada rawatan RESDUNG AJS HERBS menjadikan pernafasan lancar dan lapang, kepala terasa ringgan dan penglihatan menjadi bertambah segar. Gatal hidung, mata dan muka berkurang atau hilang.

.

Pesakit resdung disarankan menjalani rawatan bersama AJS HERBS. Tanpa membuat rawatan, penyakit resdung tidak akan kembali normal.

.

Nasihat dari Pengasas Pakar Rawatan Resdung AJS Herbs
Tuan Tabib Ahmad Janey Jusoh

.

Sekian sahaja buat kali ini.
SAYANGILAH HIDUNG MU

Leave a Reply

Call Now Button
×
×

Cart