Kenapa kita Menguap?

Menguap, atau bahasa orang putihnya Yawn.

Memang kita sebagai manusia tidak boleh lari dari nya.

Walau kita cuba sedaya mana pun, mesti akan menguap juga setiap hari. Atau beberapa kali sehari. 😉

Pernahkah kita tanya, kenapa?

Oxygen? Mengeliat? Hmm..

 

Menurut kajian terkini, menguap berlaku kerana otak kita panas.

Macam komputer, ia juga perlukan cooler untuk menyejukkan.

Saintis menjumpai orang diletak botol air suam di atas kepala akan meguap 36% lebih dari orang yang diletak botol air sejuk.

 

Kejap, macam mana otak boleh panas pulak?

Dua sebab: 1. Penat; dan 2. Tak cukup tidur.

 

 

Antara Teori saintifik lain:

  1. Menambah kadar oxygen dalam darah
  2. Sebagai stretching untuk paru-paru
  3. Satu bentuk komunikasi yang menunjukkan kita penat

 

 

Menguap dari sudut islam:

 

Drpd Abu Hurairah r.a., Nabi S.AW. bersabda:

“ Sesungguhnya Allah Ta’ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan ‘Alhamdulillaah’, maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya mengucapkan ‘Yarhamukallaah!’. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.” 

(H.R. Al-Bukhari)

 

Berdasarkan hadis riwayat Al-Bukhari ini, kita dapati yang menguap seeloknya ditahan sekadar yang mampu.

 

_____________________________________________________

Drpd Abu Said Al-Khudri r.a., katanya : Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).”
(H.R. Muslim)

 

Tak perlu lah kita nah lebih-lebihan buat bunyi menguap yang kuat sampai semua orang sekeliling kita tau ya? 😉

 

_____________________________________________________

“Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).”
(H.R. Muslim)

 

Daripada hadis ini pula, kita dapati bahawa ketika menguap, kita perlu menutup mulut dan tidak biar mulut terbuka luas seluas luasnya.

 

_____________________________________________________

 

Setakat ini dulu berkenaan ‘Menguap’.

Ramadhan Kareem, dan moga ketemu lagi di lain hari. 🙂

Wassalam.

Leave a Reply

Call Now Button
×
×

Cart