Hidung tersumbat dan Kanser?

Eh kejap, apa kaitan hidung tersumbat dan kanser?

Bukan hidung tersumbat tu perkara biasa ke?

Bukan aja nak menakutkan, tapi ni memang kenyataan. Petanda bagi kanser nasofarinks, atau kanser di pangkal hidung, mirip penyakit-penyakit biasa.

Antara tandanya adalah:

  • hidung tersumbat
  • sakit kepala
  • hilang pendengaran

Hidung tersumbat sering kali dianggap sebagai masalah resdung. Tetapi ia juga petanda kanser ini.

Petanda-petanda yang seakan-akan ringan mungkin mnunjukkan sesuatu yang lebih parah.

Kanser ini tidak mempunyai ujian khusus, atau screening test setakat ini.

Akan tetapi, petanda yang wajib diberi perhatian adalah:

  1. Hidung sering berdarah dan tersumbat
  2. Bonjolan pada tengkuk

 

Kanser Nasofarink ini merupakan kanser kelima paling kerap di Malaysia, dan ketiga paling kerap dikalangan Lelaki.

Menurut kajian, faktor kanser ini adalah makanan berawet dan masin.

Contoh makanan seperti:

  • Belacan
  • Ikan masin
  • Asam
  • Jeruk
  • dan seumpamanya

Makanan demikian dalam kuantiti yang berlebihan menggalakkan pertumbuhan sel kanser Nasofarink.

Faktor lain pula adalah seperti:

  • alkohol
  • merokok
  • pendedahan berlebihan kepada habuk
  • kimia seperti formaldehyde 

Faktor genetik juga berkemungkinan memain peranan.

 

 

Bagi yang melalui proses pembedahan untuk pulih dari kanser ini, pesakit akan mengalami kesukaran untuk makan. Mereka perlu menggunakan tiub untuk beberapa minggu.

 

Kesedaran mengenai kanser ini penting agar dapat dikesan dan rawatan awal mampu dijalankan tanpa pembedahan.

 

Oleh itu, bila anda rasa hidung kerap tersumbat, pastikan jika ia benar-benar cuma tersumbat. Atau petanda kepada yang lebih parah.

 

Sekian sahaja dari AJS Herbs.

Wassalam.

 

This Post Has 2 Comments

  1. Ada pula pengobatan dengan perawatan paliatif, yakni perawatan medis khusus yang berfokus pada penanganan nyeri dan gejala penyakit tumor hidung. Waspadai jika Anda mengalami gejala pilek yang kambuhan dan terjadi dalam jangka panjang, diikuti sering mimisan, gangguan pada indera penciuman, atau keluhan lain yang mengganggu. Periksakan diri ke dokter THT untuk memastikan bahwa Anda tidak mengalami tumor hidung.

  2. Gejala yang ditimbulkan oleh penyakit ini kerap tidak disadari oleh pasien, karena sulit dikenali dan mirip dengan penyakit lain. Biasanya gejala yang muncul selain sariawan yang tidak kunjung sembuh adalah nyeri di telinga, darah di bagian rongga mulut, hidung tersumbat, dan penurunan berat badan.

Leave a Reply

Call Now Button
×
×

Cart