Buang hingus dengan cara yang Betul

Selama pengalaman kami merawat pelanggan-pelanggan kami, kami dapati yang kebanyakan orang membuang hingus dengan cara yang salah.

Aik, ada cara betul dan salah pulak?

 

Benar, memang ada cara yang paling berkesan untuk mengeluarkan hingus.

Ada beza ke kalau buat cara salah?

Semestinya. Hingus tidak akan keluar dengan sempurna.

Lah, itu aja?

Sebelum sampai satu tahap, ya itu aja. Tapi, sampai satu tahap hingus tu akan terkumpul dan boleh menyebabkan jankitan kuman (infection).

Jom cegah sebelum merawat. 🙂

 

Di sini saya akan tunjukkan caranya. Cuba anda buat dan lihat perbezaannya.

1. Masukkan air ke rongga hidung.

2. Sedut air sedikit ke dalam rongga hidung.

3. Hembus secara perlahan dengan menutup sebelah rongga hidung dan menghembus dengan sebelah sahaja. Rongga hidung yang terbuka itu juga ditutup sedikit agar pembukaan menjadi kecil. Pastikan anda tidak menghembus terlalu kuat kerana ini boleh memberi kesan kepada telinga anda. D:

4. Tutup dan buka permukaan rongga hidung tersebut beberapa kali semasa menghembus.

5. Tukar rongga hidung yang seterusnya dang ulang sekali lagi.

 

Insyaallah, dengan ini anda akan dapati membuang hingus menjadi lebih mudah dan sempurna. 🙂

Untuk video tutorial boleh rukuj video kami di facebook: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1575728852523313&id=696322983797242

 

Sekian sahaja untuk kali ini. Kalau ada apa-apa soalan jangan segan silu untuk tanya admin.

Moga bermanfaat. Wassalam

#mencegahlebihbaikdarimerawat

#tryandsee

#dokcubadoktau

Leave a Reply

Call Now Button
×
×

Cart