Awas Jika Hidung Berdarah

Alamak, apa yang meleleh dari hidung ni.. eh darah.. D:
Hm.. tak mengapa. Taruk tisu sekejap lagi berhenti lah kan.

 

Situasi di atas berkemungkinan berlaku pada anda bila menyedari hidung anda atau orang yang terdekat berdarah. Akan tetapi, awas dari mengambil hidung berdarah remeh. Ia mungkin tanda dan amaran badan anda kepada sesuatu yang lebih parah.

 

Nose Bleed

 

Menurut Dr. Abdul Hakim Jaafar, seorang Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) di ibu negara, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira jika pendarahan hidung berlaku.

  1. Kuantiti Darah
  2. Berdarah melalui lubang kanan, kiri, atau kedua-dua.
  3. Tempat keluar pendarahan (lubang hidung atau belakang hidung dan terus ke mulut)
  4. Tempoh pendarahan (berhenti setelah beberapa minit atau terus berdarah)
  5. Kekerapan (pertama kalu atau berulang)

 

 

Menurut beliau, terdapat dua jenis pendarahan hidung:

1. Anterior

Pendarahan ini bermula dari septum, iaitu dinding yang memisahkan kedua lubang hidung. Di sini terdapat salur darah yang mudah luka.

Antara sebab luka adalah apabila menhembus terlalu kuat, atau terkena objek tajam seperti kuku. Darah akan mengalir keluar melalui satu lubang.

Sebab lain adalah cuaca yang terlalu panas dan kering. Ini menyebabkan lapisa membran hidung retak dan berdarah. Keadaan ini kebiasaannya berlaku pada kanak-kanak.

2. Posterior

Bermula dari bahagian hidung paling dalam. Darah mengalir ke mulur dan tekak pesakit.

 

Ujarnya lagi, tahap pendarahan bergantung kepada saiz dan jenis pendarahan terbabit. Jika arteri besar terlibat, maka pendarahan akan mendaji serius dan tidak terkawal.

Rhinitis yang merupakan penyakit dalam rongga hidung yang berlaku akibat radang menyebabkan hingus melekat dan keras pada lubang hidung. Bila dikorek, ia akan membawa kepada pendarahan.

Penyakit Resdung juga boleh membawa kepada pendarahan.

Cuaca yang terlampau panas atau sejuk juga memain peranan dalam pendarahan hidung.

Medicine

Pendarahan hidung juga boleh berpunca dari kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin, warafin, dan seumpamanya.

Ini sebabnya pendarahan hidung tidak boleh dipandang ringan. Ia mungkin berkait dengan perkara yang lebih serius.

 

 

Katanya lagi, jika pendarahan tidak berhenti setelah melakukan langkah-langkah memberhentikan pendarahan hidung, segera berjumpa dengan doktor pakar.

 

Langkah memberhentikan pendarahan hidung:

  1. Bertenang, duduk, dan bernafas melalui mulut perlahan-lahan.
  2. Picit bahagian lembut hidung, di bawah tulang hidung, dengan jari telunjuk dan ibu jari. Lakukan selama 5 – 10 minit.
  3. Ketika memicit, ludah dan keluarkan darah dengan perlahan melalui mulut.

 

Setelah itu, anda boleh lepaskan picitan untuk dapati jika sudah berhenti atau masih berdarah.

Anda juga boleh letak pek sejuk atau ketulan ais di atas tulang hidung.

 

Harap maklumat yang disampaikan bermanfaat.

Moga kita bertemu lagi di lain hari. 🙂

Leave a Reply

Call Now Button
×
×

Cart