Anda ada masalah Alahan Rhinitis?

Perkara biasa yang dihidapi ramai; hidung gatal, berair dan tersumbat, dan juga kerap bersin. Ini merupakan tanda-tanda alahan rhinitis.

“Ala, takda apa lah.” merupakan reaksi biasa.

Perkara yang dianggap remeh ini dan tidak diambil kisah berisiko mendedahkan seseorang kepada penyakit lain yang berkaitan.

Alahan rhinitis ini kebiasaannya disebabkan oleh alahan seperti debu, makanan, serta perubahan cuaca yang ketara.

Masalah ini, jika tidak dirawat akan membawa kepada resdung atau keradangan sinus iaitu sinusitis.

Sinusitis pula akan menyebabkan sakit di bahagian dahi, belakang mata, sakit muka dan kepala apabila menundukkan badan. Deria bau seseorang yang menghidapi sinusitis juga akan terganggu, dengan lendir hingus yang kekuningan atau kehijauan. Kerap demam juga merupakan antara kesan sinusitis.

“Hmm.. bunyi cam serious. Macam mana pulak nak kesan?”

Sebelum alahan rhinitis menjadi resdung/sinusitis, anda boleh periksa jika anda menghidapinya dengan soalan berikut:

  1. Kerap bersin berpanjangan setelah bangun tidur, terutama pada waktu pagi.
  2. Gatal hidung.
  3. Gatal mata.
  4. Gatal muka.
  5. Gatal tekak dan kahak mengalir di belakang tekak.
  6. Hidung berair dan tersumbat.

Jika ya, disaran agar segera membuat pemeriksaan dan rawatan yang berkenaan.

Alahan rhinitis dan sinusitis membawa kepada kehilangan bau apabila hidung seseorang tersumbat. Individu boleh dirawat melalui pengambilan ubat secara oral/nasal, atau pembedahan kecil (minor operation).

“Alamak.. macam mana pulak nak jaga?”

Alahan rhinitis dan juga sinusitis berkait rapat dengan persekitaran dan alahan. Sistem imun seseorang itu akan menjadi teramat sensitif.

Bagi penjagaan, amalkan yang berikut:

  1. Jauhkan diri dari alahan seperti hama, debu, habuk, udara, permakanan alahan dan seumpamanya. Ini berubah mengikut individu.
  2. Membasuh hidung dengan menyedut air kedalam hidung. Cara yang terperinci boleh didapati di sini: https://ajsherbs.com/blog/buang-hingus-dengan-cara-yang-betul/

Marilah kita sama-sama lebih perihatin, dan mencegah sebelum perlu merawat. 🙂

Sekian sahaja dari saya buat kali ini.

Diucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Ingat untuk jaga pantang dan alahan ya. 😉

Sekian, AJS Herbs.

Leave a Reply

Call Now Button
×
×

Cart