Alahan: Bagaimana ia berlaku?

Pernah tertanya tak, macam mana ya boleh berlaku alahan?

Kenapa ada sesetengah orang kalau makan udang naik ruam dan gatal-gatal?

Sesetengah yang lain pula jika makan telur.

Apa sebenarnya yang menyebabkan alahan ni?

Egg

Untuk memahami alahan, ada beberapa istilah yang kira perlu fahami. Yang pertama ialah Allergen.

Allergen ialah bahan yang menyebabkan seseorang itu timbulnya reaksi alahan seperti ruam dan gatal-gatal.

Contohnya Udang dan Telur.

Anda boleh periksa allergen setiap individu dengan pemeriksaan kulit.

.

Istilah yang ke-dua pula adalah histamine.

Histamine adalah kimia yang menyebabkan gatal-gatal, ruam, dan tanda-tanda alahan yang lain. Oleh itu, kalau anda perasan antara ubat alahan adalah ubat-ubatan yang dilabel anti-histamine

Histamine ini sebenarnya adalah alarm semula jadi badan kita apabila terdapat benda asing yang merbahaya di dalam badan kita. Badan orang yang mempunyai alahan menganggap allergen sebagai sesuatu yang bahaya dan membunyikan alarm.

.

Ok, sekarang penerangan akan jadi sedikit saintifik. Allergen yang masuk ke dalam badan akan bertindak balas dengan antibodi yang bernama ImunoglobinE (IgE). Gabungan keduanya, IgE+Allergen akan melekat pada Mast Cell yang mengakibatkan pengeluaran Histamine.

Fuuuuuh…

Jadi, kalau anda tertanya-tanya, ini lah sebab serba sedikit bagaimana alahan terjadi. 🙂

Sekian sahaja buat kali ini.

.

Wassalam

AJS Herbs

Leave a Reply

Call Now Button
×
×

Cart